Thursday, 28 March 2013

celebrity yang pernah berbraces

Gambar2 celebrity yang pernah berbraces (betulkeejaan)?





                                                            Ni pakwe aku yang baru  <3





                                                 
                                                     Katy perry dalam lagu last friday night






















































comelkan?







                                                       


















                                                  Ini tak termasuk. HAHA. btw comelkan?

                                      aku try search gambar binatang lain, geli pulak aku tengok.




Ada lagi artis yang lain cuma... sebenarnya aku mencari gambar yang sopan.



1) Ella Ratu Rock
2) Misha Omar
3) Acha Septriasa
4) Nana 



persoalan2 dan jawapannya tentang braces

Aku kena tulis benda ni sebab ada orang tertunggu2. Dia kata sampai berjanggut dia tunggu. Betul x?
G-ON a.k.a MIOR MOHD ZAHIRUL.


Soalan2 yang selalu ditanya.


1) Kenapa kau pakai braces?

Jawapannya:
i) Aku pakai braces sebab gigi aku tak tersusun elok. Bila aku gosok gigi, gigi yang belakang bahagian bawah tak kena berus sebab gigi tu terlindung disebabkan gigi sebelah dia. So aku kena gosok betul2 dan kena lama sikit tang tu. Lepas aku makan selalu ada makanan yang terselit dekat satu gigi belah bawah sebab gigi tu ada ruang sikit sebab gigi tu kebelakang sikit. haha berapa banyak, 'sikit' aku tulis.


Sebab kedua:
ii) Ada orang yang mengejek aku. Orang yang mengejek aku je, yang tahu apa benda yang diejeknya.


sebab ketiga:
iii) Aku teringin nak pakai. Tapi kalau gigi aku elok pon tak guna aku pakai, buat membazir je. So aku pakai braces sebab gigi aku tak elok la. Kalau ada orang kata, aku sengaja pakai memang salah! kalau aku pakai bermakna gigi aku tak elok. Kalau tak, takkan doktor sesaja nak buat.


sebab keempat
iii) Aku suka tengok orang lain pakai braces. Waktu dulu aku rasa nak je pegang pendakap gigi kawan aku tapi dia hanya gelak sahaja, bermakna dia x bagi la tu.  HAHA, aku pun x tau kenapa dengan aku.


2)Berapa harga kau buat?

 Jawapannya:
 i)  RM 4000. Harga mengikut jenis pendakap gigi tula. kalau yang ceramic x silap aku RM 5000 keatas.      Tapi ada yang lagi mahal. RM 4000 tu campur harga x ray sekali. RM 200 harga x ray selebihnya harga braces. Ha! kalau nak tahu x ray dan benda lain nanti aku cerita.
Deposit RM1500.

~ Harga yang atas adalah sewaktu aku tanya dengan nurse mula2 dulu, tapi sekarang harga dia dah lain.  
waktu aku tanya balik sebab dia tak catat RM200 untuk x-ray.
                         
   RM 4200

aku rasa pelik la..hari tu nurse cakap lain. (><)


3)Swasta ke kerajaan?

 Jawapannya:
i) Swasta. Ya swasta. aku buat dekat klinik NGO Ayer Tawar yang sebelah kedai 5 cents. Bagi aku dulu aku rasa nak buat dekat kerajaan tapi menunggunya sampai berjanggut. Aku rasa janggut dah mencecah tanah kot. Haha aku sudah merepek ar... Memang harga kerajaan agak murah, tahun lepas aku tanya dekat klinik kerajaan RM 500 keatas tapi kawan aku buat RM 300 je. Aku rasa murah sebab besi dia tak berapa kot. kot la..aku x tahu la...



4) Dekat mana klinik kau buat Braces

  Jawapannya:
  i) Aku x tau pulak alamat dia macam mana tapi yang aku tahu klinik tu diantara kedai 5 cents dengan kedai   mamak Abdullack. Mana yang duduk sekitar Seri Iskandar hingga Ayer Tawar tu tau la kot.



5) Mahal ke murah?
 
    Jawapannya:
   i) Bagi aku mahal. Bagi orang kaya murah la.



6) Sakit tak?

 Jawapannya:
i) Waktu mula2 memang sakit. Hanya Allah yang tahu perasaan tu. Hari yang first aku jadi seperti baby.     Haha. Maksud aku, aku tak boleh nak makan nasi bukan setakat makan tapi tak boleh nak gigit nasi tu walaupun nasi tu lembut. Bila aku terketapkan gigi aku rasa ngilu gila dan sensitif. Rasa gigi ni nak luruh, cabut or bagai. Waktu first aku kena makan bubur nasi dan makan nestum. Ala makanan2 yang lembut2 boleh ar macam sup ke. Nyum2. Selama mana kalau dah rasa gigi tu tak sakit boleh ar makan nasi ke. Apa ke. Aku hanya makan benda yang lembut2 tu dalam 4 hari je. Lepas tu memang aku mencari nasi ar. Lapar gila. Nurse tu ingatkan aku supaya jangan makan benda yang keras2 macam kerepek ke. Jangan masukkan makanan penuh dalam mulut. Maknanya jangan makan gelojoh ar.


7) Macam mana kau gosok gigi?

Jawapannya:
i) Gosok gigi macam biasa tapi cara melintang ke mendatar ek? Aku keliru ar... Kena gosok slow2 dan lama. Lepas makan kena gosok. kalau kau makan 8 kali, kena gosok lapan kali ar. haha! Pastikan lepas makan gosok gigi sebab makanan2 tu hobinya melekat dekat celah2 besi tu. Ada berus gigi yang khas untuk celah2 besi. kecik je berus tu. Comel!


8) Best tak pakai braces?

Jawapannya:
i) Bagi aku..aku SUKAAA!! sebab itu adalah hadiah yang aku tunggu sejak bertahun2. :)
  Best tau pakai braces. Sebab bila kita keluar mana2 mesti orang akan tengok braces kita. Sampaikan ada budak kecik dengan baby tengok je gigi aku. Bukan setakat tengok baby tu pegang besi dalam mulut aku ni. haha. Aku pun apa lagi senyum sampai ke pipi macam mula2 aku pakai dulu ar. Itu disebabkan aku x tau nak senyum ke, nak tutup mulut ke. Lagi satu seronok sebab boleh tukar colour tiap2 bulan bagi yang pakai braces jenis aku la. Warna bulan ni sama dengan warna kawan aku. warna putih. Haha, x sangka . Bergantung klinik kalau klinik swasta boleh pilih colour yang kau nak, kalau kerajaan doktor main bubuh je. Aku ingat lagi doktor kata " U bole pilih colour yang u mau". Lagi satu boleh betulkan gigi yang x berapa nak elok. Boleh tingkatkan keyakinan. Orang dah x mengejek dah. Kalau diorang mengejek cakap je ''Gigi engkau tu elok sangat ke?''

9) Boleh ke puasa pakai braces?
Jawapannya
 i) oh semestinya boleh. kalau tak semua orang islam tak pakai la. Lagi pun aku dah tanya ustazah aku   disebabkan ramai orang tanya. Ustazah kata mestilah boleh.

Bersambung.....

kisah aku dan besi

Sebenarnya, memang aku dah lama teringin nak pakai braces ni sejak kecil lagi tapi nak buat macam mana dah tak ada rezeki nak pakai. Tapi sekarang Alhamdulillah ada rezeki. sejak darjah 1 hingga umur 15 tahun aku tunggu..tunggu..tunggu dan bersabar akhirnya aku dapat juga. Itupun kena ada syarat. Nak tahu apa? kalau nak tahu silakan baca kalau tak nak x pe tak payah baca ek. Syaratnya ialah aku kena dapatkan 5 A+ dalam PMR baru boleh menuju ke klinik gigi kalau tak jangan 'MIMPI' nak pakai. :) . seriously aku suka tengok orang yang pakai braces ni. Kalau dalam gambar tu orang yang pakai braces kalau boleh zoom gambar tu lagi aku memang zoom kan tang besi tu. haha. OK! aku tau korang tak paham. its ok.






                                                         gambar sebelum pergi klinik




                                                           gambar selepas pergi klinik





Lepas dapat keputusan PMR dalam 2 minggu tu aku pergilah sebuah klinik swasta yang berdekatan dengan kediaman akula. Tak adalah dekat sangat. First aku tanya harga, lepas tu aku tanya macam2 la..kononya tak tau apa2 ar tapi sebenarnya aku dah banyak cari info dalam internet saje nak pastikan benda yang aku baca betul ke tak. tak salahkan?

Part yang paling tak best adalah tentang harga. Nak tau sebab apa? sebabnya adalah... harga braces tiap2 tahun naik!!! hulamakkk..

Dulu harga RM 3000 dan keatas.
Tapi sekarang RM 3500 dan keatas.

Bagi aku la..aku tak kisah kalau duit aku tapi masalahnya duit braces tu hasil titik peluh mak aku bekerja. Kesian mak aku. Tapi x pe kalau aku kerja nanti aku bayar balik tapi tak semua memerlukan duit , Pergorbanan ibu lagi besar harganya.

Klinik yang first aku pergi nurse tu cakap doktor selalu tak ada. Kawan aku pun cakap doktor tu selalu gi oversea. Dia tau sebab dia salah seorang pelanggan di situ dan dia pun pakai braces jugak. Betul tak Athirah Asri? muahahah. Dua tiga kali aku pergi klinik tu nak buat appointment tapi yang aku geramnya nurse cakap doktor tu busy la, doktor tak ada la. lalalala. grrrrrrr! So aku pun balik la rumah dengan rasa geram. dah la excited nak pakai benda alah tu. Nurse tu cakap kalau nak datang kena call dulu. aku call pun jawapannya
sama!. so aku dah tawar hati nak ke klinik tu dah.

Hujung bulan 12 aku pergi klinik swasta satu lagi. Dekat je dengan klinik yang lambat tu. Aku pergi waktu petang. Aku tanya macam2 dekat nurse tu lepas tu dia cerita la macam2 jugak. cuma harga dia yang berbeza sedikit dengan klinik yang dulu.

harganya RM 4000 dan keatas.


Aku bandingkan harga klinik dulu dan sekarang. Memang klinik dulu murah sikit berbanding sekarang tapi yang dulu punya berjanggut le nak tunggu. klinik ni cepat gilaaa! Dalam masa seminggu je tunggu, tak silap aku x sampai seminggu. Kalau tak aku buat waktu tu jugak tapi ada seorang yang tengah pasang braces so nurse tu suruh datang minggu depan. Dalam hati aku gembira yang teramat sebab ini adalah hadiah yang aku nak sangat2. Aku rasa aku je orang dekat dunia ni yang mintak hadiah braces. hahah, Tapi tak tau la pulak ada orang lain lagi.


Bersambung....

Hukum Memakai Pendakap Gigi


Nabi sawbersabda :
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” – (Shahih Muslim #3966).
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.

Monday, 25 March 2013

pendakap gigi dan jenisnya


Assalamualaikum dan salam sejahtera. hai! aku ni baru ja buat blog. Maknanya first time la. Main hentam ja buat benda ni. So baca dan fahamilah. kalau tak faham, buat2 faham je ek. Aku ingat orang lain yang pakai braces saje tulis soalan2 ni tapi hakikatnya memang iya. ya ramai yang tanya. Ramai orang tanya aku termasuk cikgu dan ustazah dan soalan2nya berbunyi macam ini "kenapa kau pakai'. "berapa harga kau buat?'', ''swasta ke kerajaan?'', ''dekat mana klinik kau buat braces?'' "mahal ke murah"? ''sakit tak''. "macam mana kau gosok gigi"? ''Best x pakai braces"?. Aku tau dah ramai blogger yang dah tulis cerita2 ni semua tapi aku tetap nak tulis jugak sebab ini je cerita dalam blog aku. HAHA. maybe ni adalah first story and last story. Hari ni aku nak cerita tentang braces ataupun dikenali sebagai pendakap gigi atau bahasa saintifiknya korang cari sendiri. Setahu aku la kalau bahasa indonesia ialah kawat gigi, kot!




                                              gambar pendakap gigi. cantik tak warna pink?





                                                    wahh!!   warna-warni..colourful gitu.






                                               




Pendakap gigi ni ada macam2 jenis. Jenis yang aku pakai ni jenis traditional. Ala yang boleh tukar colour tiap2 bulan tu.






ceramic braces

dari jauh x nampak pon tuannya pakai.




see that, niall horan pon pakai tau. ala yang kumpulan One Direction tuuu....




clear inspire sapphire braces
                                                          nak sama dengan ceramic tapi berbeza sedikit






invisalign braces








lingual braces

pendakap gigi dekat belakang gigi. 
maybe orang yang pakai braces ni, x nak nampak dia pakai braces. kot 






retainer


  

kalau nak tau lebih lanjut sila search dekat laman web, semua ada!. ok?

                                                                                                                             Bersambung...