Thursday 28 March 2013

persoalan2 dan jawapannya tentang braces

Aku kena tulis benda ni sebab ada orang tertunggu2. Dia kata sampai berjanggut dia tunggu. Betul x?
G-ON a.k.a MIOR MOHD ZAHIRUL.


Soalan2 yang selalu ditanya.


1) Kenapa kau pakai braces?

Jawapannya:
i) Aku pakai braces sebab gigi aku tak tersusun elok. Bila aku gosok gigi, gigi yang belakang bahagian bawah tak kena berus sebab gigi tu terlindung disebabkan gigi sebelah dia. So aku kena gosok betul2 dan kena lama sikit tang tu. Lepas aku makan selalu ada makanan yang terselit dekat satu gigi belah bawah sebab gigi tu ada ruang sikit sebab gigi tu kebelakang sikit. haha berapa banyak, 'sikit' aku tulis.


Sebab kedua:
ii) Ada orang yang mengejek aku. Orang yang mengejek aku je, yang tahu apa benda yang diejeknya.


sebab ketiga:
iii) Aku teringin nak pakai. Tapi kalau gigi aku elok pon tak guna aku pakai, buat membazir je. So aku pakai braces sebab gigi aku tak elok la. Kalau ada orang kata, aku sengaja pakai memang salah! kalau aku pakai bermakna gigi aku tak elok. Kalau tak, takkan doktor sesaja nak buat.


sebab keempat
iii) Aku suka tengok orang lain pakai braces. Waktu dulu aku rasa nak je pegang pendakap gigi kawan aku tapi dia hanya gelak sahaja, bermakna dia x bagi la tu.  HAHA, aku pun x tau kenapa dengan aku.


2)Berapa harga kau buat?

 Jawapannya:
 i)  RM 4000. Harga mengikut jenis pendakap gigi tula. kalau yang ceramic x silap aku RM 5000 keatas.      Tapi ada yang lagi mahal. RM 4000 tu campur harga x ray sekali. RM 200 harga x ray selebihnya harga braces. Ha! kalau nak tahu x ray dan benda lain nanti aku cerita.
Deposit RM1500.

~ Harga yang atas adalah sewaktu aku tanya dengan nurse mula2 dulu, tapi sekarang harga dia dah lain.  
waktu aku tanya balik sebab dia tak catat RM200 untuk x-ray.
                         
   RM 4200

aku rasa pelik la..hari tu nurse cakap lain. (><)


3)Swasta ke kerajaan?

 Jawapannya:
i) Swasta. Ya swasta. aku buat dekat klinik NGO Ayer Tawar yang sebelah kedai 5 cents. Bagi aku dulu aku rasa nak buat dekat kerajaan tapi menunggunya sampai berjanggut. Aku rasa janggut dah mencecah tanah kot. Haha aku sudah merepek ar... Memang harga kerajaan agak murah, tahun lepas aku tanya dekat klinik kerajaan RM 500 keatas tapi kawan aku buat RM 300 je. Aku rasa murah sebab besi dia tak berapa kot. kot la..aku x tahu la...



4) Dekat mana klinik kau buat Braces

  Jawapannya:
  i) Aku x tau pulak alamat dia macam mana tapi yang aku tahu klinik tu diantara kedai 5 cents dengan kedai   mamak Abdullack. Mana yang duduk sekitar Seri Iskandar hingga Ayer Tawar tu tau la kot.



5) Mahal ke murah?
 
    Jawapannya:
   i) Bagi aku mahal. Bagi orang kaya murah la.



6) Sakit tak?

 Jawapannya:
i) Waktu mula2 memang sakit. Hanya Allah yang tahu perasaan tu. Hari yang first aku jadi seperti baby.     Haha. Maksud aku, aku tak boleh nak makan nasi bukan setakat makan tapi tak boleh nak gigit nasi tu walaupun nasi tu lembut. Bila aku terketapkan gigi aku rasa ngilu gila dan sensitif. Rasa gigi ni nak luruh, cabut or bagai. Waktu first aku kena makan bubur nasi dan makan nestum. Ala makanan2 yang lembut2 boleh ar macam sup ke. Nyum2. Selama mana kalau dah rasa gigi tu tak sakit boleh ar makan nasi ke. Apa ke. Aku hanya makan benda yang lembut2 tu dalam 4 hari je. Lepas tu memang aku mencari nasi ar. Lapar gila. Nurse tu ingatkan aku supaya jangan makan benda yang keras2 macam kerepek ke. Jangan masukkan makanan penuh dalam mulut. Maknanya jangan makan gelojoh ar.


7) Macam mana kau gosok gigi?

Jawapannya:
i) Gosok gigi macam biasa tapi cara melintang ke mendatar ek? Aku keliru ar... Kena gosok slow2 dan lama. Lepas makan kena gosok. kalau kau makan 8 kali, kena gosok lapan kali ar. haha! Pastikan lepas makan gosok gigi sebab makanan2 tu hobinya melekat dekat celah2 besi tu. Ada berus gigi yang khas untuk celah2 besi. kecik je berus tu. Comel!


8) Best tak pakai braces?

Jawapannya:
i) Bagi aku..aku SUKAAA!! sebab itu adalah hadiah yang aku tunggu sejak bertahun2. :)
  Best tau pakai braces. Sebab bila kita keluar mana2 mesti orang akan tengok braces kita. Sampaikan ada budak kecik dengan baby tengok je gigi aku. Bukan setakat tengok baby tu pegang besi dalam mulut aku ni. haha. Aku pun apa lagi senyum sampai ke pipi macam mula2 aku pakai dulu ar. Itu disebabkan aku x tau nak senyum ke, nak tutup mulut ke. Lagi satu seronok sebab boleh tukar colour tiap2 bulan bagi yang pakai braces jenis aku la. Warna bulan ni sama dengan warna kawan aku. warna putih. Haha, x sangka . Bergantung klinik kalau klinik swasta boleh pilih colour yang kau nak, kalau kerajaan doktor main bubuh je. Aku ingat lagi doktor kata " U bole pilih colour yang u mau". Lagi satu boleh betulkan gigi yang x berapa nak elok. Boleh tingkatkan keyakinan. Orang dah x mengejek dah. Kalau diorang mengejek cakap je ''Gigi engkau tu elok sangat ke?''

9) Boleh ke puasa pakai braces?
Jawapannya
 i) oh semestinya boleh. kalau tak semua orang islam tak pakai la. Lagi pun aku dah tanya ustazah aku   disebabkan ramai orang tanya. Ustazah kata mestilah boleh.

Bersambung.....

9 comments:

  1. Salam.adek ad kena cabut gigi tak? Sakitnyaa tu macam mana yaa ? Sakit yg boleh tahan ke yg teruk kepe .nak sgt pakai :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, kena. 4 batang gigi. tak sakit pon . serius tak sakit!..mula2 ingatkan sakit gila smpai x bole tido mlm tu sbb teringat kena cabut gigi tpi sebenarnya tak sakit pon, haha buat penat je pikir. Tapi sebelum nak cabut tu dia bius dulu. kena tahan sikit wktu kena cucuk . jgn risau lps cabut gigi tak sakit selagi ad ubat kebas tu. hahah. Ikut org jugak sbb kadang2 ad org, gigi dia kena cabut banyak. Ada yg kena cabut sampai 8 btg. Doktor akn bagitau kena cabut gigi sebelum dia cabut. Aha. Ada org ckp mula2 dtg cabut gigi dulu. tpi klinik ni buat cabut gigi dn pasang braces terus. mcm sya ni bulan seterusnya doktor baru cabut 2 lagi kalo dia x busy. Takpe sakit cabut gigi ni sekejap je. Good Luck :)

      Delete
    2. U ada gigi kebelakang kan ? So yg tu kena cabut tak ?

      Delete
  2. assalamualaikum,bleh tak kita pake braces pda bhagian gigi atas shaja?kalau bleh kos anggaran berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, boleh rasanya tpi kena tnya doktor dulu sbb kadang2 ada org yg kena pakai bawah dgn ats sekali wlaupun dia ingt ats je. Pasal harga tu tak berapa pastilah. kemungkinan kurang kot..tpi tak tahu la jugak sbb harga braces kan naik setiap tahun :)

      Delete
  3. Salam...pymt mcm mne? Bole monthly pymt x? Ccm

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, bole bayar bulanan tapi ikut jugaklah klinik tu nak berapa sebulan (RM) Tapi yang deposit mmg kena bayar cash

      Delete
  4. Nak tanya mcm mana nk hilangkan rasa sakit dekat bahagian band tu yg belah dalam selalu tercucuk lidah tapi yg peliknya belah kiri je yg tajam

    ReplyDelete