Thursday, 28 March 2013

kisah aku dan besi

Sebenarnya, memang aku dah lama teringin nak pakai braces ni sejak kecil lagi tapi nak buat macam mana dah tak ada rezeki nak pakai. Tapi sekarang Alhamdulillah ada rezeki. sejak darjah 1 hingga umur 15 tahun aku tunggu..tunggu..tunggu dan bersabar akhirnya aku dapat juga. Itupun kena ada syarat. Nak tahu apa? kalau nak tahu silakan baca kalau tak nak x pe tak payah baca ek. Syaratnya ialah aku kena dapatkan 5 A+ dalam PMR baru boleh menuju ke klinik gigi kalau tak jangan 'MIMPI' nak pakai. :) . seriously aku suka tengok orang yang pakai braces ni. Kalau dalam gambar tu orang yang pakai braces kalau boleh zoom gambar tu lagi aku memang zoom kan tang besi tu. haha. OK! aku tau korang tak paham. its ok.






                                                         gambar sebelum pergi klinik




                                                           gambar selepas pergi klinik





Lepas dapat keputusan PMR dalam 2 minggu tu aku pergilah sebuah klinik swasta yang berdekatan dengan kediaman akula. Tak adalah dekat sangat. First aku tanya harga, lepas tu aku tanya macam2 la..kononya tak tau apa2 ar tapi sebenarnya aku dah banyak cari info dalam internet saje nak pastikan benda yang aku baca betul ke tak. tak salahkan?

Part yang paling tak best adalah tentang harga. Nak tau sebab apa? sebabnya adalah... harga braces tiap2 tahun naik!!! hulamakkk..

Dulu harga RM 3000 dan keatas.
Tapi sekarang RM 3500 dan keatas.

Bagi aku la..aku tak kisah kalau duit aku tapi masalahnya duit braces tu hasil titik peluh mak aku bekerja. Kesian mak aku. Tapi x pe kalau aku kerja nanti aku bayar balik tapi tak semua memerlukan duit , Pergorbanan ibu lagi besar harganya.

Klinik yang first aku pergi nurse tu cakap doktor selalu tak ada. Kawan aku pun cakap doktor tu selalu gi oversea. Dia tau sebab dia salah seorang pelanggan di situ dan dia pun pakai braces jugak. Betul tak Athirah Asri? muahahah. Dua tiga kali aku pergi klinik tu nak buat appointment tapi yang aku geramnya nurse cakap doktor tu busy la, doktor tak ada la. lalalala. grrrrrrr! So aku pun balik la rumah dengan rasa geram. dah la excited nak pakai benda alah tu. Nurse tu cakap kalau nak datang kena call dulu. aku call pun jawapannya
sama!. so aku dah tawar hati nak ke klinik tu dah.

Hujung bulan 12 aku pergi klinik swasta satu lagi. Dekat je dengan klinik yang lambat tu. Aku pergi waktu petang. Aku tanya macam2 dekat nurse tu lepas tu dia cerita la macam2 jugak. cuma harga dia yang berbeza sedikit dengan klinik yang dulu.

harganya RM 4000 dan keatas.


Aku bandingkan harga klinik dulu dan sekarang. Memang klinik dulu murah sikit berbanding sekarang tapi yang dulu punya berjanggut le nak tunggu. klinik ni cepat gilaaa! Dalam masa seminggu je tunggu, tak silap aku x sampai seminggu. Kalau tak aku buat waktu tu jugak tapi ada seorang yang tengah pasang braces so nurse tu suruh datang minggu depan. Dalam hati aku gembira yang teramat sebab ini adalah hadiah yang aku nak sangat2. Aku rasa aku je orang dekat dunia ni yang mintak hadiah braces. hahah, Tapi tak tau la pulak ada orang lain lagi.


Bersambung....

6 comments:

  1. saya pun nak hadiah braces ah pbsmr nanti :'3

    ReplyDelete
  2. suke baca entry awak , but saye pun teringin nak pakai dari kecik . so saye dah start appointment dari tahun lepas (2013) and now tngah pkai benda alah acuan yang membentuk rahang tuu . and maybe dlm msa terdekat dh bole pkai braces . anyway , how old are you ? when you started pkai braces tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you (: . congratz. im 17 . Start pakai braces wktu f 4 bulan 1 2013 . :D

      Delete
  3. Saya nak pakai jugaaaakkk..sy takut kena ejek dengan kawan sy yg kuat membuli tu..apa pandangan awk?

    ReplyDelete
  4. Saya nak pakai jugaaaakkk..sy takut kena ejek dengan kawan sy yg kuat membuli tu..apa pandangan awk?

    ReplyDelete