Benda yang first sekali adalah.....
x-ray gigi.
kalau x-ray memang kena pakai baju biru tu.. Tak tau namanya apa tapi aku panggil baju. Baju tu berat gila. Supaya tak kena sinar tu. Ada ke aku cakap dekat nurse tu aku takut . haha! lepas tu x ray lagi satu macam ni .....
x-ray 2 kali sahaja
lepas tu doktor ambil acuan. Acuan tu untuk simen gigi supaya dapat struktur atau bentuk gigi tu. Simen tu memang gila rasa pelik, rasa macam gula2 yang masam sangat. Aku rasa nak muntah sebab benda tu lagi sikit nak tertelan, benda tu dekat dengan kerongkong. perghhh!! wekk :p. Tunggu selama 3 minit rasanya, supaya benda tu keras. Bila doktor cabut rasa nak tertanggal gigi ni sebab benda tu dah jadi keras. Acuan tu warna kuning. Mula2 buat satu2 dulu. Yang kelakarnya benda tu dah la besar macam ni...
inilah hasilnya
sampai comot2 mulut aku kena acuan tu.. tudung pun sekali kena. haha!
Waktu pakai braces aku kena nganga selama 2 jam L. Mak aih lenguh mulut
tapi tak la sangat sebab excited. Tak silap aku kawan aku cakap kena nganga
selama 4 jam XP. HAHA. Doktor cuci gigi lps tu doktor letak benda ni untuk bagi
mulut nganga. Benda ni rasa kelakar sikit. :p
Tapi benda ni bukan macam aku punya
Aku rasa macam ni kot aku pakai dulu
Waktu doktor pasang
braces.. dah la dia gerakkan kepala aku , benda alah tu pon bergerak2. Waktu tu
aku rasa yang paling sakit bagi sesiapa yang pakai braces. Kawan aku pon cakap
time tu sakit sebab benda tu bergerak2 dekat gusi. Benda tu tak silap aku
diperbuat dari besi ataupun x.
macam2 warna ada
Waktu pasang braces, doktor bubuh gam dekat gigi tu pasal
gigi tu melekat je dengan besi. Ramai yang cakap gigi aku kena tebuk. XD Ada budak Tanya aku. ‘’itu gigi betul ke?
Gam tu macam rasa semacam. Walaupun aku tak rasa yang aku
telan gam tu tapi benda tu bau dia memang pelik. Gam tu mahal rasanya sebab
asal tercabut je aku mesti kena nasihat dari doktor. Lepas besi tu bubuh gam
terus pembantu doktor guna alat ni....
Benda ni bercahaya warna biru. Nurse suruh tutup mata sebab cahaya kuat sangat.
Alat ni rasa panas bila kena gusi aku. My friend pon ngomong
kayak gitu jugak loh :p Alat tu bagi gam cepat melekat. Dah la mengambil masa
yang lama disebabkan bubuh gam dengan benda yang panas ni.
Siapa yang nak berbraces memang kena cabut gigi supaya ada
ruang untuk gigi bergerak. Lepas pasang braces baru aku dicabut gigi. Aku kena
cabut 2 gigi geraham kecil atas dan 2 gigi geraham bawah. Tapi ada orang sampai
8 batang gigi kena cabut. Maybe dia punya gigi sangat teruk kot! Aku tanya doktor
‘’memang kena cabut gigi ke?’’ Doktor cakap ‘’memang kena supaya ada ruang’’.
So aku terpaksa la, supaya gigi menjadi teratur walaupun rasa tak nak. Haha XD Tapi mula2 cabut belah kiri dulu atas dan
bawah. Seriously aku takut gila bila diingatkan nak kena cabut. Malam tu pikir
macam2 tapi sebenarnya apa tak rasa sebab kena inject dulu. 2 kali pulak tu.
Jarum dah la besar!
Amacam?
Ngeri dok? 4 batang gigi tau....
*ni bukan gigi aku
Tapi yg first 2 je. Doktor cakap bulan depan baru 2. So total 4. Tapi aku kena cabut 4 bulan lepas tu. Lama tangguh2. Maybe doktor busy. :)
Taaddaaaa!!!! :)
Serious rasa tak sakit. Cuma rasa semut api je. Wahahaha.
Lepas bubuh kapas rasa wah! Tak percaya gigi dah cabut dan tak sakit pon. Sebab
bius kuat sangat.
Ramai tanya ''kamu nanti tak ada gigi ke?''. ''Kamu nanti gigi tak tumbuh la kan?'' So sekarang ni, nurse cakap nanti yang ruang kosong tu akan ada gigi balik sebab besi dah tarik gigi belakang untuk kedepan bagi ruang kosong tu. Macam ni........
Ramai tanya ''kamu nanti tak ada gigi ke?''. ''Kamu nanti gigi tak tumbuh la kan?'' So sekarang ni, nurse cakap nanti yang ruang kosong tu akan ada gigi balik sebab besi dah tarik gigi belakang untuk kedepan bagi ruang kosong tu. Macam ni........
Nurse cakap ''bila kamu dah besar nanti akan tumbuh gigi baru dekat belakang" :D
Lepas tu nurse bagi aku ni...............
Namanya bubblegum brace wax. Aku dapat warna PINK!!! tau....
Macam2 colour untuk bekas dia sahaja :)
Kawan aku mesti suka dengan colour ni. Aku pun!!!! :p
Dia ajar aku cara pakai benda tu. Aku panggil bubblegum je.
Benda tu tak silap aku macam lilin. Benda tu waktu first kena pakai sebab besi
kena mulut dan rasa tak biasa lagi. Tapi lama2 dah ok! Cuma kadang2 luka tepi
bibir sebab kena besi tu. Bubuh benda tu rasa selesa. Diorang cakap tak cantik
sebab letak bubblegum. Ini mulut aku bukan mulut kau. Bahahaha. Bagi aku buat
apa nak nampak cantik tapi sengsara. ‘’Aku tak kisah cantik ke tak asalkan aku
selesa’’
Nurse cakap ''untuk belah atas letakkan dia dari atas ke bawah'' supaya besi yang terkeluar tu kena.
Besi yg ini...............
First sekali aku pilih warna biru. Sebab waktu dulu aku memang
nak warna tu. So now I got it. :D Tapi waktu first diorang cakap tak payah
pakai warna dulu. Aku tak tau pulak cam tu. Aku hanya tanya doktor, braces aku
jenis yang tukar2 colour ke. Lepas tu doktor yang suruh aku pilih mana yang aku
nak. Ada yang cakap waktu first kalau
pakai berwarna nanti gigi luruh bila dah tua nanti. Helloooo bro, dah tua
mestilah gigi luruh. Kawan aku pon cakap macam aku cakap jugak. Kau cakap macam
doktor gigi yang diiktiraf dan berpengalaman pulak. So apa yang doktor cakap tak boleh so aku pon tak boleh la. Apa yang doktor kata boleh so boleh
la. (@@)
warna biru, lepas tu bertukar jadi warna ni.....
turquoise colour <3 HAHA
AYAT DI BAWAH POYO. JIKA ANDA TIDAK MENYUKAI ‘POYO’ ANDA
JANGAN BACA. AYAT INI PON DAH POYO
Aku terpaksa menunggu sorang2 dalam klinik sebab mak ayah
aku busy waktu tu. Dah la time lunch. Aku tak makan apa2 lagi. Diorang hantar aku..lepas tu diorang
pergi kerja. Lepas treatment aku tunggu dalam klinik so waktu tu aku
berkesempatan bertanya dengan nurse di
kaunter. Bermacam- macam aku bertanya tentang benda2 yang aku curious dan
pekara yang aku dah tau. Saje Tanya balik. Tak salahkan???? Jawab
dulu…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..jawab
dulu…………………………………………………………………………………. tak salahkan?
Jawapan: a. tak salah pon
b.
jawapan a
c.
jawapan b
d.
jawapan a,b,c
Ok terima kasih sebab memberi jawapan :p
Terima kasih kerana tak bagi pon jawapan sebenarnya!
Terima kasih sebab tersengih XD
BRACES GIRL: Nurse ada ke orang pakai lagi braces yang jenis
helmet tu?
NURSE: Haha, tak ada dah, itu jenis yang dulu2 haha.
Sekarang dah x ada sebab ada yang jenis yang lebih mudah tapi kalau org tu
excident baru doktor buat maybe sbb nak menyokong tulang pipi yg patah. Benda
tu nak buat susah sebab besi dia besar lepas tu nak pasang besi lagi dekat
kepala. Haha (nurse tu banyak gelak pulak)
BRACES GIRL: Haha oh
yeke..ingatkan ada lagi. Dalam cerita pun ada org pakai helmet tu.
NURSE: Dah tak ada dah itu dulu2 je.
BRACES GIRL: Nurse macam mana nak gosok gigi? (aku ada tulis
dekat persoalan2 dan jawapannya)
…………………………………………………………………………………………………………
NURSE: (persoalan2 dan jawapannya)
BRACES GIRL: Nurse macam mana dgn berus gigi dgn alat2 yg
lain?
NURSE: Ubat kumur ambil separuh penutup je, lps tu berus
gigi untuk braces gosok perlahan2. Berus gigi khas untuk celah2 besi.
BRACES GIRL: Nurse macam mana nak makan? Maksudnya makanan
apa yang tak boleh makan?
NURSE: (persoalan2
dan jawapannya)
BRACES GIRL: Nurse..doktor memang garang ke? Takut la.
NURSE: Doktor mmg garang kalo x jaga betul2 nanti dia marah.
(mmg aku dah kena marah pon XD)
BRACES GIRL: Doktor ni mmg ada dua klinik ke? Yang klinik
lagi satu tu pon dia punya ke?
NURSE: Bukan, haha. Nama je sama tapi tak.
BRACES GIRL: Ramai yang ckp itu pun doktor ni punya
cawangan.
NURSE: Tak.
*waktu ni doktor cakap dgn sorang lagi bakal braces girl,
aku tak dgr apa yg nurse ckp sbb suara doktor tu kuat sangat, rasa bergema klinik
tu. Aku hanya angguk je. Amoi tu baru dtg klinik time doktor nk gi lunch.
BRACES GIRL: Ohh… :p
NURSE: Itu pun nak buat braces jugak tapi yang jenis ceramic yg x nampak tu. *(ala yg mcm Niall
Horan tu). (Jenis2 braces)
BRACES GIRL: (aku hanya mengangguk je)
…………………………………………………………………………………………………………
Setakat itu sahaja perbualan antara aku dgn nurse. So lps ni
perbualan aku dgn kawan abg aku pulak.
Aku bosan duk dlm klinik waktu menunggu mak ak datang. Lps
tu aku keluar n then ternampak 2 org kwn abg aku tengah makan dkt kedai mamak.
Aku pun cepat2 nk panggil dia tapi guna bahasa isyarat. HAHA, apa dia x phm pon
aku panggil dia.Yg sorg lagi knl aku, sorg lagi x. Yg sorg tu pelik dgn aku.
Aku bengang sbb yg x knl tu nmpk aku tapi dia buat bodo je. ><
Aku pun pergi dkt dgn
diorg.
…………………………………………………………………………………………………………
BRACES GIRL: A bole pinjam fon x? (mulut aku penuh dgn kps
XD)
A: Haa?
BRACES GIRL: (aku dah la susah ckp dia x dgr pulak). Ada fon
x nak pinjam? (aku bagi fon dkt mak aku sebelum masuk klinik).
A: Tak dengar la..
BRACES GIRL: ><
(aku penat nk ckp dh la penuh dgn kapas lps tu gigi baru lps cabut. Bius dah
makin lama makin hilang)
*Aku pergi dkt sorg lagi
BRACES GIRL: Ada fon x?
MR NOBODY: Ha?
BRACES GIRL: Nak pinjam telefon jap. (aku ckp dkt tepi
telinga dia kuat2 sbb dia x dengar. Nak je aku jerit tapi x bole mulut x bole
bukak luas2. Kang x pasal2 terkeluar kapas
XD).
MR NOBODY: Oh..ckp la nak pinjam telefon.
BRACES GIRL: (itula yg ak nk ckp sebenarnya) :’(
MR NOBODY: Dia nak pinjam telefon A. Aku tak ada kredit.
A: Nah!
BRACES GIRL: (Aku pun cepat2 call mak ak tapi x jwb, n then
ak call ayh)
BRACES GIRL: Hello ayah, dkt mana? Dah keluar dah ni.
AYAH: Ni sape?
BRACES GIRL: Ni adik. (aku ingat ayh knl la aku rupanya x.
ye la sbb no pon lain XD).
AYAH: On the way ni.
BRACES GIRL: Ok bye.
BRACES GIRL: Nah, thank u so much! Nasib baik korang ada.
(jenuh ak cakap2. Banyak kali ulang).
A: Kamu baru buat benda tu ke?
BRACES GIRL: a’ah.
A: Berapa?
BRACES GIRL: 4 ribu.
A: Bah! Baik aku beli moto.
BRACES GIRL: (Kalo ckp dgn budak laki mmg diorg akn ckp nak
beli moto)
A: Kamu kena cabut gigi ke? Sakit tak? Kamu mesti nangis.
BRACES GIRL: Mmg kena cabut gigi. Aku tak nangis pon. Tak
ada maknanya aku nangis dan x sakit pon cabut.
A: Eleh menipu.
BRACES GIRL: Haha buat apa ak nak nangis. Nanti aku ganti
balik topup tu.
A: Tak payah ar…
BRACES GIRL: Ok nanti aku ganti.
A: Tak payah.
BRACES GIRL: Nanti aku suh M bagi duit dkt kau.
A: Tak payah.
BRACES GIRL: Ok la aku nak bla. (lega dia ckp x yah bayar).
…………………………………………………………………………………………………………
Itu la perbualan aku dgn diorang. Jenuh2! Mulut dah x bole nak bukak. Cakap pon perlahan. Tempat dah ar bising.
Rupanya lps kejadian yg payah tu. M cerita dkt aku.
…………………………………………………………………………………………………………
M: Kamu tau x MR NOBODY tu ingat kamu org gila.
BRACES GIRL: (eleh..ntah2 nipu) Ye ke..
M: Dia ckp ‘’aku ingat aku makan gelojoh ke ’’
BRACES GIRL: Haha. ( keluarga aku semua gelak dgr cerita tu)
…………………………………………………………………………………………………………
Merepek betul. Peliknya muka aku yg normal ni dia ckp orang
x betul. XD agagaga. Dalam satu hari banyak betul perbualan aku dgn org luar.
Mak ayah pon sampai. Lepas bayar terus pergi restoran tapi
malangnya aku x bole nak makan. Sbb mulut dgn gigi dah rasa sakit. Drah x
berenti2 lagi. Mak cik restoran bagi aku ketul ais untuk kumur.
Dia kesian dgn aku sbb x bole makan. So bila balik rumah aku
kena beli bubur. Tapi kedai bubur tutup terpaksa aku masak. Dah la lama masak
bubur. Bubur punya la lembut tapi aku x bole nk gigit sangat. Banyak aku telan.
Udang lagi la payah nk gigit. Memang x tergigit pon. Sakit gila. Kawan aku
suruh belenda udang. Aku dah la malas masak bubur lps tu dia ckp blenda udang.
Memang x la ceritanya. Terketap gigi
tiba2 dgn tergigit lidah mak aih lagi sakit.
Malam tu aku gosok gigi bagai. Aku Nampak satu besi dah
cabut dari gigi. Aku rasa panic gila. Aku risau benda tu aku tertelan. XD Lepas
tu risau nanti doktor marah yg paling risau nanti kena bayar lagi ke. Besi tu
yg jatuh sendiri. Padahal aku x makan benda keras lagi selain bubur dgn udang.
So aku tau macam mana doktor bubuh gam. Belakang tu ada ruang kecil untuk letak
gam dkt besi tu. Besi tu kebelakang kedepan disebabkan dia tercabut.
Berus gigi dan bubblegum
kalau tak nak pakai berus gigi khas untuk braces pon boleh kot kecuali berus yg comel ni......
Mesti guna yang ni. Kalo habis beli lagi. Tapi beli berus sahaja sebab pemegang dia dah ada. Lebih kurang RM 12.00 je.
Berus macam ni tau.
Macam2 jenis berus kecik comel ni. Tapi disyorkan guna yg diiktiraf sahaja.
Movie Charlie And The Chocolate Factory. I love the movie :D
Inilah yg aku ckp mcm helmet tu. Nama dia braces headgear
Bersambung....
salam. betul ke harga braces rm4ribu dik? jenis metal @ self ligating? adik buat di klinik mana?
ReplyDeletewsalam, itu yg klinik yg saya pergi . Ada setengah klinik dia letak RM 3500. tpi tak tau kalo klinik tu dh naikkan lagi. Haritu sya trdengar nurse ckp harga braces dkt klinik yg sya buat treatment ni naik lagi. Nurse ckp harga braces setiap tahun naik. yg sya pakai ni self ligating .braces yg paling murah self ligating kalau yg lain tak silap RM4500 keatas. klinik dkt Ayer Tawar, Perak. dkt Ayer Tawar tu ad 2 klinik tpi yg sya buat treatment ni dkt klinik Ngo Tik Wong. klinik satu lagi, pon Ngo jugak. Haha jgn keliru pulak. :)
Deletekalau pakai braces pda gigi atas dpan saje bleh ke?
ReplyDeletedepan saja? or amir maksudkan pakai braces dkt gigi bahagian ats je? kalo yg bahagian ats je rasanya boleh tpi tngok jugaklah kalo2 ad gigi bwh yg perlu jugak pakai braces. tapi kalau nak pasti tanya doktor dulu. macam sya ni gigi bawah yg berterabur tpi sya kena pakai ats dgn bawah jugak. :)
DeleteAssalamualaikum Hafiqah, nak tnya sikit la.. katmana leh beli wax tu ye? Sbb sy cari kt farmasi semua takde jual. Klinik tmpt buat braces mmg ada bg tp dia bagi 1 je..nak g mntak lagi tp klinik tu agak jauh..so malas nk berulang byk kali..ingt nak simpan stok sbb wax tu mmg sgt2 berguna... hihihi
ReplyDeleteWaalaikumusalam. Hai Lisa . Sorry im late sbb ada masalah teknikal. Okay berkenaan wax tu saya x pasti ada jual kat mana sbb wax saya masih ad byk lgi even saya dh braces off . Huhu . Cuba tnya kat watson / gurdian/ DIY. Harap dpt membantu:)
DeleteSalam akk... btul ke klau nak pakai braces kena pastikan smua gigi susu patah? Akk pkai braces waktu umur brapa?
ReplyDeleteWasalam Hi Syu. Sorry im late sbb ada masalah teknikal. Itu akk x pasti better gi jmpa doc dulu. Tapi setahu akk tgok movie mat saleh ada je budak kecil lbih kurg 8 thun dh pakai braces 😉
DeleteSalam akk... btul ke klau nak pakai braces kena pastikan smua gigi susu patah? Akk pkai braces waktu umur brapa?
ReplyDeleteHai Syuhada, akk pakai braces waktu form 4 awal tahun. itu x pasti. sbb setahu akak ada je anak org putih dlm movie pakai braces waktu kecil. huhu. xpelah nanti tanya doc dulu.
Deletedah pkai braces baru cabut gigi?
ReplyDeleteke cbut gigi dulu bru pkai braces
Emmm fikir jp... ingat2 lupa la pulak. seingatnya waktu lps je doc buh kapas terus keluar dari bilik tu. Maknanya pasang bracs dulu baru cabut gigi. tapi hanya cabut 2 gigi dulu then next month baru 2 lagi. :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteklinik kat mana?? n brape??
ReplyDeleteSalam..awak buat mcm mna nk lekatkan balik besi belakang yg tercabut tu..saya pun mcm kes awak jgak..tolong saya pleaseee..
ReplyDeletecome visit my blog for more info about braces ^^
ReplyDeletehttps://budakblank98.blogspot.my/
Mane nak beli wax tu, ,sy da sengsara dgn ulcer sbb besi ni. please..
ReplyDelete